Wednesday 26 October 2011

wedding sepupu.

YA......aku kembali. Macam biasa, aku hilang sangat lama. Oke, today aku nak share
beberapa gambar kahwin sepupu aku. Agak kurang puas hati dengan hasil nya. Yerla,
boleh tahan lama la jugak aku tak buat keje nie since aku sambung belajar( rasanya b4
sambung pon da mula stop). Selepas bertahun-tahun, aku mula semula, itu pon my cousin
yang request. Kalau tak, rasenya lagi lama la aku dok perap je.

Nie kenduri orang kampung, so aku tak berapa mahir nak handle situation. Yerla,
dalam majlis berlangsung semua sedara mara nak kumpul, duduk dekat2 ngan pengantin kan.
Dah la aku sorang2 je. Kelam kabut jugak la. Dengan ruang yang agak terbatas untuk bergerak.
Dengan kanak2 lagi, fuh susah beb nak handle! Dah la aku kurang mahir(ini jawapan yang tepat.)

2 hari jugak la aku cover. Biasa la tu kan nikah ngn sanding apa semua. Tapi yang buat aku over gila gilaaa punya penat sebab kenduri sepupu kan. All in 1 beb, petik gambar aku, tolong2 majlis pon aku, tolong sana sini pon aku. End the majlis, nak balik tu memang gigil lutut beb.

Apa2 pon, best tgk kenduri orang kampung, tuan rumah relex pon majlis tetap bole jalan. Rewang tetap rewang.

Apa2 pon enjoy la ngan gambar2 nie oke!

                           iso 200 , f /3.5 , 1/30, flash

                              iso 800, f/3.8, 1/250, flash

      iso 100, f/3.5, 1/250, flash

       iso 800, f/5, 1/160, flash

    iso 800, f/5, 1/50, flash


    iso 200, f/5.6, 1/60, flash


Ada lagi gambar, yang sanding and nikah. But, nanti2 la dulu oke. Will update later. 
So, enjoy je la mana yang ada. 

follow the flow~

Saturday 7 May 2011

aku lupa.

haa. malam nie aku penat. penat mencuba...penat nak mengingat. jadi penat aku.
bukan la penat mengerah tenaga. tapi otak aku nie penat.
dalam 1 malam je, aku jadi pelupa.
dengan id n pasword emel aku lupa.
dgn twitter pon aku lupa...sebab tu jrg on twitter.
yang blog nie lagi la aku jarang update.
tu semua aku lupe punye pasal la
penat aku nk ingt pasword n id.
hahaha. leceh la klu ade byk id n pasword nie.
tension sebentar.

sedang aku mencuba nk masuk blog nie.
ntah macam mana tanpa aku sedari,
aku telah create lagi blog baru.
terbaek.!!
wat tak tahu je la.
hehehehe




aku rase aku dah bole wat sticky note kat kepala aku nie.
hehehehe.

Wednesday 6 April 2011

medium perubahan

Eh.. tu diaaaa.. lama tak meng-update.

Okay, malam ini aku dapat satu isu. Secara spontan sebenarnya.
Jadi aku pon cuba mengolah isu ini mengikut pendapat dan logik aku sendiri.
Mungkin di akhir topik ini, kamu semua akan sama bersetuju dengan pendapat aku...ermm, mungkinnnn..

So, isu malam ini aku nak bicarakan pasal medium perubahan. Ya, tajuknya terlalu mendatar dan luas. Oleh itu, aku perinci kan lagi tentang apa yang aku nak kongsikan dengan kalian semau. Ermmm, tentang anak-anak muda di era sekarang ini. Ya, anak-anak muda...aku ingin mengfokuskan kepada anak-anak muda sahaja.

Mari aku bawa korg semua, apa yang aku maksudkan. Apa kaitan anak-anak muda dengan medium perubahan.
Disini aku dapat lihat, bukan hanya baru-baru ini, tetapi sudah agak lama aku perhatikan dan aku fikirkan sendiri.

Anak-anak muda di era sekarang ini sedang gilakan FIXIE BIKE atau jenis lain nya MOUNTAIN BIKE. Yaa, sangat bagus anak-anak muda ini. Kembali semula berbasikal. Dan apa kaitan berbasikal itu dengan medium perubahan. Seperti aku jelaskan tadi, aku ingin fokuskan kepada anak-anak muda sahaja. Di sini aku dapat lihat, jika anak-anak muda(dengan kata lain, mereka yang belasan tahun dan awal 20an umur) gilakan berbasikal semula, itu merupakan satu langkah, permulaan yang bagus. Atas sebab apa aku kata begitu???


Haaa, mari sini ak bagitahu. Di Malaysia kini, begitu terkenal dengan gejala-gejala Mat Rempit(aku jua pernah merempit). Majoriti rempit ini berumur belasan tahun dan awal 20an. Jadi dengan adanya trend, langkah berbasikal bagi anak2 muda sekarang ini, ia membawa satu virus mulia. Yaa, mungkin dengan gejala berbasikal ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti merempit kini. Biarlah ada sesetengah pihak mengatakan anak-anak muda ini hanya jadi ikut-ikutan, dan bermusim sahaja berbasikal ini. Tapi bagi aku, setidak2 nya, ada kebaikan disitu, dari merempit tidak tentu hala. Biarlah anak-anak muda itu berbasikal kerana basikal itu meriah warna nya, menarik perhatian, style, trendy, dan macam2 lagi. Biarkan dengan niat mereka itu. Asalkan dapat mengurangkan aktiviti merempit. Bagi aku, aku agak berterima kasih pada Abang-Abang yang membawa gejalan berbasikal ini. Dan jua kepada pihak media, yang meluaskan lagi trend berbasikal.


Tidak lupa jua, pada anak-anak muda yang berbasikal kini, terutama dalam kumpulan yang besar. Hindari dari berkumpul pada tempat yang tidak sesuai. Ini menjadi masalah kepada pengguna jalan raya. Kerana kalian begitu ramai. Berbasikal lah dengan tenang. Jangan suatu hari nanti di label masyarakat sebagai JUNIOR REMPIT pula.

Aku jua mengharapkan dapat memiliki mountain bike/fixie. Santaiii.......~


folllow the flow~

Saturday 5 March 2011

Eksyen betol nye rempit...

Eh...Assalammualaikum la kan. Haa..skang aku ade di Melaka wehhhh!!!
sebab ape..? sebab aku nk stat semester baru haaa. Malam tadi aku smpi Melaka.

Cam biasa la aku pulang ke melaka nie naik moto aku.
Kajang-Melaka dalam 1jam 30minit la lebeh kurang.
Tu confirm2 la aku merempit kan kan.

Nak dijadikan cerita, aku ngah elok laju2 tu...(kt highway PLUS)
Ade la sebijik LC yang bernombor plate kan MCA..
Dengan takde rasa bersalah die potong betol2 sebelah aku...
Padahal time aku tgk cermin sisi, die ade kat lane tengah baiii b4 potong aku.....(aku lane kiri skali)
So, ape motif time nak potong aku, kene lalu sebelah aku rapat2...??? haha.

Dalam hati kecil aku berkata, " mat, lu baru pakai LC(mmg baru sgt pon, plate MCA) lu nak tunjuk eksyen plak."
naseb baek aku time tu "double".....kalau aku single rider mmg aku kejar balik mamat tuu...(jgn contohi)


So, setelah sejam setengah, smpi la jua aku di melaka ini..syukur(*dalam hati kata tak suke balik melaka)

So, ape yang boleh aku nasihat dari story nie, (khas untuk rider2)
*toksah la laju2 sangat bawak moto tu(kalau superbike xpe gak)
*naek double, lagi la xyah nak laju2 sgt
*bile anda laju, moto laen akan terasa nk cucuk2 moto anda, so bermula la aksi racing2. JANGAN BUAT!
*nak memotong kenderaan laen pon, jangan la rapat2 sgt. Jiwa rempit mmg kata ia seronok, tapi sangat merbahayakan kenderaan laen.

Menunggang/memandu la dengan selamat okeh. aku jua ingtkan diri aku sendiri.
Sayangilah orang yang menyayangi anda...(erk?)
haha.

oke lah. Bye.

follow the flow~~~

Thursday 3 March 2011

kembali yang ditinggalkan.

Eh second post mai daa...haha. ghairah pulak nak post banyak2. tp idea takde jugak. Haa, belasah je la kan. So, aku nak share benda yang da lepas. Erm, xde la lama sgt. Dalam last weekend gitu la, end of February.

Time tu, aku pegi la jalan2 area putrajaya. Yerla, da dokek ngan umah kan. Tapi tujuan sebenar, bawak gadis aku jalan2. hahaha. poyo kejap. Dah tak tahu nak bawak pegi mane kan, haa, bawak jer la gi sni. Senang aku nk hantar pulang. Dan nak di jadikan cerita, hari aku jalan2 tu, aku bawak pulak AWEK nombor dua aku...aduhh, seb bek la gadis aku sporting beb. Dah lama sangat aku tak keluar bersama dgn awek no 2 aku nie. Rase happy gile gileeeee la. Gadis aku pon happy. Kami happy bersama2. Keluarga bahagia jadinya. hahaha.

Kt putrajaya tu takde la berjalan sgt. sbb haritu hujan saje. So, jadi terhad la untuk aku membelai D40x (awek no 2) tu. Haa, nie ade la skit gambar2 "kembali yang ditinggalkan". Maksud ayat tu, aku kembali ber-click2 mengambil gambar dgn d40x aku tu. Walaupun ianya bukanlah projek2 idaman aku. tapi cukuplah sekadar bersantai dahulu. Yerla, da lama sgt rasenye aku tak outing/job ngan kawan2 photography aku.



                                 alamanda je pon. nie time sampai. * f/4 , 1/50.

                                             see, snap pict pon senget2. haha.  *f/4, 1/50, cloudy

                                            
                                         *f/4.2, 1/20, cloudy, vivid, ISO200
                                 8:15pm *f/3.5, 1/4, ISO800, no flash.
                                                  8:30pm *f/3.5, 1/4, ISO800, no flash.

Tu diaaa, ikut hati nak jer letak banyak2. Tapi cukup la yang nie saja. Btw, gambar cam blur, pecah skit la. aku da resize pixels. bagi kecik skit. So, aku ade la letak skit setting for every picture. hope boleh la di practice kan. Yang dah hebat tu, nanti aku pulak kejar korang oke..ngeh3.

Ok la, cukup la nie je.

Bye.

follow the flow~~~




Bismillahirrahmannirrahim..

Assalamualaikum... Yaa, terkebil-kebil kejap. pikir ayat jap naa. haha. okeh jom, bermula lah untuk aku memblogkan diri setelah agak lama jua berfikir-fikir. Sebab aku agak la kurang pandai nya(walhal aku budak it) nk maen blog2 nie dan di dorong dengan sifat aku yang sangat tidak suka nak update-update. yaa, sifat yang aku sendiri tidak sukaaa. huahuahua.

So, today bersamaan 3hb march 2011..dengan cuaca agak2 mendung, sebab skang musim hujan di waktu petang...yaa, ak wat blog ini time petang..sebab ape..? sebab aku tak dapat nak tido harinie..selalu nye time nie time aku tido nie..hahaha. bole.? 


Dan, dan...sebab untuk aku buat blog nie, aku rase macam tak la penting sangat untuk aku buat masa skang nie. tapi nak jugak la buat kan..ramai kawan2 aku ade blog, toksah cakap/banding ngan kawan la kan, adek aku yang skola rendah pon dah ade blog. what a loser la aku kan. haha..dan ermm maybe aku boleh dapat dan boleh jua ak memberi info2 yang best dan tak best kat korang-korang la kan... tapi rase nye banyak tak best dari best. haha. sebab aku bukan la orang yang pandai untuk berbicara, apatah lagi untuk di ketengahkan di dlm blog yang perlu untuk aku menaip. terasa macam syok sendiri pula, takut tak sampai di hati korg apa yang ak sampai kan..(next2 entry)


Oke, td pasal entry2. Dan sekarang aku nk bagitau pula, nape ak gune kan "Hari Nahri or Nahri's Day". Actlly aku da xtaw ape nk letak, kurang nya idea waktu skang nie. kurang nye berbicara, maybe sebab aku sedang cuti semester kot. duduk jer la teperap kat umah nie. oke, back to the point is aku rase maybe entry2 ak akan datang lebeh tentang luahan tentang diri aku.. maksud aku, perjalanan hidup harian aku. oleh itu, aku namakan ianya Nahri's Day.(tu je aku leh pk wat mase nie).


Haa, jap jappp...perlu ke aku kenalkan diri aku..? tak perlu kot..erm, tapi aku bagitaw yang penting je laa..
Name aku Nahri Syahmi B Mohd Othlah. Tahun nie masuk la 23tahun. Stay Kajang(bosan), tapi stdy kat Melaka(bosan jugakkk). Dan, dannn....ape yang aku minat ialah PHOTOGRAPHY. So, lets CLICKING!


Rasanya cukup la untuk permulaan nie kan. ok, jumpe la lagi. tak tahu bile. do support me(apehal tetibe)
haha.


BYE.


follow the flow ~~~~