beberapa gambar kahwin sepupu aku. Agak kurang puas hati dengan hasil nya. Yerla,
boleh tahan lama la jugak aku tak buat keje nie since aku sambung belajar( rasanya b4
sambung pon da mula stop). Selepas bertahun-tahun, aku mula semula, itu pon my cousin
yang request. Kalau tak, rasenya lagi lama la aku dok perap je.
Nie kenduri orang kampung, so aku tak berapa mahir nak handle situation. Yerla,
dalam majlis berlangsung semua sedara mara nak kumpul, duduk dekat2 ngan pengantin kan.
Dah la aku sorang2 je. Kelam kabut jugak la. Dengan ruang yang agak terbatas untuk bergerak.
Dengan kanak2 lagi, fuh susah beb nak handle! Dah la aku kurang mahir(ini jawapan yang tepat.)
2 hari jugak la aku cover. Biasa la tu kan nikah ngn sanding apa semua. Tapi yang buat aku over gila gilaaa punya penat sebab kenduri sepupu kan. All in 1 beb, petik gambar aku, tolong2 majlis pon aku, tolong sana sini pon aku. End the majlis, nak balik tu memang gigil lutut beb.
Apa2 pon, best tgk kenduri orang kampung, tuan rumah relex pon majlis tetap bole jalan. Rewang tetap rewang.
Apa2 pon enjoy la ngan gambar2 nie oke!
iso 200 , f /3.5 , 1/30, flash
iso 800, f/3.8, 1/250, flash
iso 100, f/3.5, 1/250, flash
iso 800, f/5, 1/160, flash
iso 800, f/5, 1/50, flash
iso 200, f/5.6, 1/60, flash
Ada lagi gambar, yang sanding and nikah. But, nanti2 la dulu oke. Will update later.
So, enjoy je la mana yang ada.
follow the flow~
No comments:
Post a Comment