Wednesday 6 April 2011

medium perubahan

Eh.. tu diaaaa.. lama tak meng-update.

Okay, malam ini aku dapat satu isu. Secara spontan sebenarnya.
Jadi aku pon cuba mengolah isu ini mengikut pendapat dan logik aku sendiri.
Mungkin di akhir topik ini, kamu semua akan sama bersetuju dengan pendapat aku...ermm, mungkinnnn..

So, isu malam ini aku nak bicarakan pasal medium perubahan. Ya, tajuknya terlalu mendatar dan luas. Oleh itu, aku perinci kan lagi tentang apa yang aku nak kongsikan dengan kalian semau. Ermmm, tentang anak-anak muda di era sekarang ini. Ya, anak-anak muda...aku ingin mengfokuskan kepada anak-anak muda sahaja.

Mari aku bawa korg semua, apa yang aku maksudkan. Apa kaitan anak-anak muda dengan medium perubahan.
Disini aku dapat lihat, bukan hanya baru-baru ini, tetapi sudah agak lama aku perhatikan dan aku fikirkan sendiri.

Anak-anak muda di era sekarang ini sedang gilakan FIXIE BIKE atau jenis lain nya MOUNTAIN BIKE. Yaa, sangat bagus anak-anak muda ini. Kembali semula berbasikal. Dan apa kaitan berbasikal itu dengan medium perubahan. Seperti aku jelaskan tadi, aku ingin fokuskan kepada anak-anak muda sahaja. Di sini aku dapat lihat, jika anak-anak muda(dengan kata lain, mereka yang belasan tahun dan awal 20an umur) gilakan berbasikal semula, itu merupakan satu langkah, permulaan yang bagus. Atas sebab apa aku kata begitu???


Haaa, mari sini ak bagitahu. Di Malaysia kini, begitu terkenal dengan gejala-gejala Mat Rempit(aku jua pernah merempit). Majoriti rempit ini berumur belasan tahun dan awal 20an. Jadi dengan adanya trend, langkah berbasikal bagi anak2 muda sekarang ini, ia membawa satu virus mulia. Yaa, mungkin dengan gejala berbasikal ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti merempit kini. Biarlah ada sesetengah pihak mengatakan anak-anak muda ini hanya jadi ikut-ikutan, dan bermusim sahaja berbasikal ini. Tapi bagi aku, setidak2 nya, ada kebaikan disitu, dari merempit tidak tentu hala. Biarlah anak-anak muda itu berbasikal kerana basikal itu meriah warna nya, menarik perhatian, style, trendy, dan macam2 lagi. Biarkan dengan niat mereka itu. Asalkan dapat mengurangkan aktiviti merempit. Bagi aku, aku agak berterima kasih pada Abang-Abang yang membawa gejalan berbasikal ini. Dan jua kepada pihak media, yang meluaskan lagi trend berbasikal.


Tidak lupa jua, pada anak-anak muda yang berbasikal kini, terutama dalam kumpulan yang besar. Hindari dari berkumpul pada tempat yang tidak sesuai. Ini menjadi masalah kepada pengguna jalan raya. Kerana kalian begitu ramai. Berbasikal lah dengan tenang. Jangan suatu hari nanti di label masyarakat sebagai JUNIOR REMPIT pula.

Aku jua mengharapkan dapat memiliki mountain bike/fixie. Santaiii.......~


folllow the flow~